
#019 – A THOUSAND VOICES (SMK DAMANSARA UTAMA)
TO ALL BELOVED STUDENTS, PARENTS AND TEACHERS. PLEASE SUPPORT OUR SCHOOL FILM TEAM LE BLANC BY VOTING THEIR SHORT FILM FOR IACT MYSEKOLAH COMPETITION.
PLEASE CLICK THE LINK TO THE VIDEO AND MAKE YOUR VOTE FOR THE TEAM TO BE THE FAVOURITE SELANGOR VIDEO.THANK YOU VERY MUCH FOR YOUR VOTES AND SUPPORT.
LINK TO THE VIDEO : A THOUSAND VOICES
JADUAL PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2017
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2017 akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut:
Tingkatan 1 dan 2 : 11 hingga 18 Mei 2017
Tingkatan 4 & 5 : 2 hingga 18 Mei 2017
Pihak sekolah berharap ibubapa/penjaga dapat membantu anak-anak untuk mengulangkaji bagi menghadapi peperiksaan serta dapat memastikan murid mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
Jadual peperiksaan boleh dimuatturun dari pautan di bawah
PENTAKSIRAN SUMATIF PERTENGAHAN TAHUN TINGKATAN 3 TAHUN 2017
Dimaklumkan bahawa semua murid Tingkatan 3 Tahun 2017 akan memulakan Pentaksiran Sumatif Pertengahan Tahun bermula 25 April hingga 28 April 2017.
Mengikut arahan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia bertarikh 10 April 2017, pentaksiran sumatif Pertengahan Tahun perlu dilaksanakan lebih awal iaitu sebelum tempoh pelbagai instrumen Sejarah PT3 bermula.
Pihak sekolah berharap ibubapa/penjaga dapat membantu anak-anak untuk mengulankaji bagi menghadapi peperiksaan.
DIALOG PRESTASI TINGKATAN 5 DAN PENETAPAN TARGET SPM TAHUN 2017

PENGAMBILAN SIJIL SPM 2015 DAN SIJIL BAHASA INGGERIS 1119 SPM

JADUAL WAKTU PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) & AKTIVITI AKADEMIK TINGKATAN 3 TAHUN 2016
Kepada,
Semua Ibu Bapa / Penjaga Tingkatan 3,
Y.Bhg Tan Sri/Puan Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan,
JADUAL WAKTU PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) & AKTIVITI AKADEMIK TINGKATAN 3 TAHUN 2016
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
- Sukacita dimaklumkan bahawa jadual waktu pentaksiran dan aktiviti akademik Tingkatan 3 adalah seperti berikut:
| BIL | TARIKH | NAMA KERTAS/AKTIVITI | JENIS KERTAS |
| 1 | 1 Ogos 2016 – 8 Ogos 2016 | Bahasa Inggeris | Ujian Lisan Bertutur |
| 2 | 2 Ogos 2016 – 4 Ogos 2016 | Bahasa Melayu | Ujian Lisan Bertutur |
| 3 | 9 Ogos 2016 | Bahasa Melayu | Ujian Lisan Mendengar |
| 4 | 10 Ogos 2016 | Bahasa Inggeris | Ujian Lisan Mendengar |
| 5 | 11 Ogos 2016 | Inventori Kecerdasan Pelbagai | Ujian Psikometrik |
| 6 | 15 Ogos 2016 – 18 Ogos 2016 | Pentaksiran Percubaan PT3 | Rujuk kepada jadual waktu yang telah diedarkan. |
| 7 | 27 Julai 2016 – 29 September 2016 (Rabu & Khamis) | Program Berlian, Intan & Mutiara PT3 | Kelas Tambahan untuk pelajar terpilih. Surat makluman kepada ibu bapa telah diedarkan. |
| 8 | 7 Oktober 2016 | Persediaan bilik Pentaksiran Tingkatan 3 & Salam Restu PT3 | Semua murid diwajibkan hadir. |
| 9 | 10 Oktober 2016 – 13 Oktober 2016 | Bahasa MelayuBahasa Inggeris
Mathematics Science Kemahiran Hidup Bersepadu Pendidikan Islam Bahasa Cina |
Ujian Bertulis |
| 10 | 17 Oktober 2016 | P. Seni VisualSivik & Kewarganegaraan
PJK |
Ujian Bertulis (Peringkat Sekolah) |
| 11 | 18 Oktober 2016 | Taklimat Pemilihan Mata Pelajaran Tingkatan 4 |
- Pihak sekolah memohon kerjasama pihak Y.Bhg Tan Sri/Puan Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk memastikan kehadiran wajid anak-anak ke sekolah mengikut jadual di atas serta membantu mereka mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi ujian-ujian tersebut. Kerjasama Y.Bhg Tan Sri/Puan Sri/Dato’/Datin/Tuan/Puan dalam hal ini amat dihargai bagi meningkatkan prestasi pencapaian akademik anak-anak kita.
Sekian, terima kasih.
PROJEK GREENATHON & KARNIVAL PIBG
Projek Greenathon & Karnival PIBG akan diadakan mengikut ketetapan berikut. Ibu bapa dan orang ramai dijemput hadir.
Tarikh : 23 Julai 2016 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi hingga 3.00 petanng
Tempat : SMK Damansara Utama, Jalan SS 20/21, Petaling Jaya.
Aktiviti : Game booth, haunted House, Food Stall, Hipster Cafe, Music Battle, Photo Booth dan banyak lagi….
KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SMK DAMANSARA UTAMA KALI KE-19 TAHUN 2016
Semua Ibu bapa/ Penjaga
Y.Bhg Tan Sri/ Puan Sri/Datuk/Datin/Tuan/Puan
KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SMK DAMANSARA UTAMA
KALI KE-19 TAHUN 2016
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuki. Untuk makluman tuan/puan temasya sukan tahunan akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 17 Julai 2016 ( Ahad)
Masa : 7.00 pagi – 2.00 petang
Tempat : Stadium Pusat SukanUniversiti Malaya.
Tarikh : 18 Julai 2016 (Isnin) sekolah cuti peristiwa.
- Seluruh warga SMK Damansara Utama menjemput semua ibu bapa/ penjaga untuk bersama-sama memeriahkan majlis di atas. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memohon kerjasama daripada pihak ibu bapa/penjaga untuk menguruskan pengangkutan pergi dan balik anak-anak.Kejohanan Balapan dan Padang dijangka berakhir pada pukul 2.00 petang.
- Pelajar-pelajar sekolah hanya dibenarkan memakai pakaian rumah sukan masing-masing. Pelajar yang tidak mematuhi peraturan pakaian tidak akan dibenarkan masuk ke stadium.
Segala kerjasama daripada pihak Tan Sri/Puan Sri/ Datuk/Datin/ tuan/puan berhubung perkara di atas didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan tugas,
(HJH. ZULAIKA BT A. RAHMAN)
Pengetua
SMK Damansara Utama
Sekolah Kluster Kecemerlangan
AGIHAN KEPUTUSAN SPM 2015
Agihan Keputusan SPM 2015
Tarikh : 3 Mac 2016 (Khamis)
Masa : 10.30 a.m.
Tempat: Dewan Sri Budiman
